Friday, February 27, 2009

Kebab


Ini kebab ayam n kambing ireland...masa ni kami mkn diiskandar kebab..tu anatera kadai halal yg ade kat sini..sedap dia punye kebab..masa ni mkn ngn kwan2 kak rina,kak leha n myza...ini kenagan terindah kami ber4..

Satee


21/2/2009 sabtu baru ni kami bakaq sate..lame tak mkn..ini lh hasil sate ireland kami..ana tak bg resepi untuk sate ni..sbb pakai rencah segera beli kat kedai abg man..hiihih..ape2 pun enjoi lh bakar sate baru ni..nk beli kat sni tak jual sate so..buat sendiri je lah..

Makerel bakar paprikka


Bahan-bahan
2 ekor ikan makerel@ape lah ikan pun
2 s/b serbuk lada paprikka
1 s/b serbuk kari
sedikit garam
sedikit lata hitam.
Cara2..
1.gaulkan semua bahan tadi ..dan biar kn seketika.
2.bakarlah dlm oven @ atas grill..
3.balik2 kn ikan tu sampai masak..dan hidang untuk dimakan
selamat mencuba..:))

sea bass steam


7/1/09 sabtu hri tu kita org g jln2 kat howht..sambil tu cari lh sikit lauk ..jumpe lah sea bass ni ape lg beli lh 2 ekor..boss nk mkn steam..so ana buat lah kn untuk dia org..
ikan syeam ni bg bg org2 nk diet mcm ana n i..so korang nk tau resepinye meh layan..
Bahan2:
2 ekor ikan dikelar sikit..(tak kisah lh ikan ape2)
2 batang serai dititik
1/2 inci hali dipotong halus
3 ulas bawang putih
3/4 biji cili api(ikut suke lh nk letak tak)
2 s/b cuka makan@jus limau
1 batang daun bawang
garam dan air secukup rase.
Cara2:
1.letak halia,bawang putih dekat ikan yg dah dikelar tadi..
2.kemudian masuk kn air dalam kuali,biarkan separuh mengelegak.
3.selepas mengelegak itu masukan ikan tadi..
masukkan serai,cili,cuka@jus dan garam..biarkan selama 10 minit dan tutup seketika bagi ikan itu betul2 masak..dan lelepas itu hidangkan untuk dimakan..

Pulut kelapa perantau

Hari teringin nk makan pulut kelape..pulut smua org tahu nk buat kn sebab senang sangat .. so bg sesiapa yg tak tahu ni resipinyer..

Bahan2..
2 cwn pulut
2 cwn santan
1/2 biji kelape parut
sedekit garam dan gula.

cara2:
1.basuh pulut dan masukan dalam periuk jika tiada kukus lah..
dan masukan santan tadi dn 1/2 cwn air dan sedikit garam untk bg pulut tadi lemak..
2.masak dengan mengunakan api yang perlahan..kacau 5 minit sekali supaya pulut tadi masak sama rata..
3.apabila pulut td sudah masak..angkat dan bulat2 kan seperti gamabr diatas @ ikut suka nk buat bentuk ape pun.
4.selepas itu gaul kn dengan kelapa parut tadi.
**untuk kelape parut:gaulkan kelape parut tadi bersama gula..

mudahkan..selamat mencuba..

Roti jala mudah..

Dah lama tak makan roti jala ni sejak dok ireland..hari k.leha datang bawak kn acuan roti jala..
roti jala ni memang kesukaan ana..meh ana nk kongsi resepi roti jala..

Bahan-bahan:
500g tupung gandum
1/2 cwn santan @ 5 sudu tepung susu
2 biji telur
sedikit garam dan sedikit gula.
air secukupnyer..

Cara-cara:
1.bancuhkan semua sekali dalam mangkuk dan masukan dalan blander..
bland sampai halus supaya tidak berketul2 ..
2.sediakan kuali leper dan letak kn sedikit minyak dan masuk tepug tdi kedalam acuan td dan jala..pastikan tepung masak dan angkat untuk dihidang..

Ayam Kuzii..

Semalam ana pose sunnat..tiba2 tekak ni rasa nk mkn ayam kuzi..tak pikir panjang..ana teruskan operasi memasak..
inilah hasilnya..kering skit tp ok lh..
Nak Resepi Jom Tengok Bawah ni..
BAHAN2 (A)
1) AYAM (Dalam 1/2 ekor dan dipotong ikut suka)&
(rebus dahulu ayam td separuh masak)
2)1 biji bawang besar *
3)4 ulas bawang besar*
4)1 inci halia*
(beland smua bahan diatas td *)
BAHAN (B)1) 1 s/k ketumbar.*
2) 1 s/k jintan manis*
3) 1 s/k jintan putih*(bland kering bg yg bertabda *)
4) 2 /b rempah kari ayam
5) 1 s/b lada serbuk
6) 1 s/b serbuk lada sulah
7) 3 s/b tomato puree
8)300ml susu mailto:segar@%20susu%20cair
9) 1 biji tomato bland.
BAHAN (C)
1) 1biji tomato dipotong dadu
2) kismis 2 s/b
3) daun bawang untuk hiasan
CARA2NYA:
1)Toskan ayam yg sudah di rebuskan tadi.
2)Tumiskan bahan2 A tadi hingga kuning
3)masukan bahan B yg dibland td dah kacau hingga naik bau.
4)bila sudah naik bau masuk 1 per 1 bahan B tadi..kacau sampai memdidih
5)selepas itu masukan ayam tg direbus tdi.dan masukan garam dn gula agak2 secukup rasa.
6)bila sudah masak..masukkan smua bahan C tadi.dan kacau seketika dan angkat untuk dihidang
(JIGA TERLALU KERING MASUKAN AIR REBUSAN AYAM TADI SEDIKIT)
SELAMAT MENCUBA!!

Tom yam putih


Ayam masak palembang


Ayam masak Black papper

Ana ada sorang kenalan dari pining,masa dia datang dok kat umah ana hr tu sempat jugak dia ajar ana buat ayam black paper ni..memang sedap dan senang bangat..hari ni ana nk kongsi resepi ni..kalau sudi cuba lah yer.. n resepinya..
BAHAN2
1) 1/2 ekor ayam dipotong dan digoreng mcm biasa.
2)1 biji bawang besar dipotong bulat
3)4 ulas bawang putih*(di tumbuk)
4)1 inci halia*(di tumbuk)
5)lada hitam*(du tumbuk)
6)1 cwn air asam jawa
7)1 biji tomato dipotong 6
8)1 btg lada besar/bangala Dipatong
9) 1 s/b sos lada hitam jika tiada boleh guna sos tiram
10)sedikit kicap
CARA2
1)Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak..
2)masukkan bahan yg ditumbuk tadi dan kacau hingga separuh garing
3)masukan pula separu bawang besar yg dimayang td dan kacau hingga layu..
4)masukan kicap/sos lada hitam/air asam jawa tdi dan kacau hingga memdidih* jika mahu kuah tambah air asam lgi
5)selepas itu masukan ayam td dan kacau sehingga sebati dan masuk kan lah tomato dan lada tdi.
6)dan sipa untuk dihidang* jika suka pedas tambah lh lagi lada hitam tu..
SELAMAT MENCUBA!!

keria..


Rozar clams


Ayam masak madu


Bahan-bahan
1.1/2 ekor ayam
2.garam
3.kunyit
4.1 sudu rempah kari ayam
5.3 ulas bawang putih
6.1 inch halia
7.bawang besar
8.cili kering
9.madu
10.gula merah
11.sos/tomato puree
12.air

Cara-cara~~Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.~~Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.~~Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.~~Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.~~Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.~~Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Kole Kacang..

Bahan2..
** 1 cwn santan pekat
* 1 cawan gula merah
* 2 sb gula pasir
* 1 cwn air
* beberapa helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...

Banana Cake



Bahan-bahan ( 20 cm )
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Pukul butter dengan gula sehingga kembang
Asingkan putih dan kuning telur
Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit
sorry tak sempat nk ambik gambar yg dah potong..sbb laku sangat..hihihi..

coklat kek..


Lopes perantau..

Hari ini 11/dec/08,ana cuba buat kuiih lopes,kuih tradisional..ana ni baru nk berjinak2 dalam masakan kuih2 ni..sebelum ini hanya tau masak lauk2 jer..hari ana nk kongsi cara2 nk buat kuih lopes ni..jom tengok resepi dibawah ni..
Bahan:-
3 cawan beras pulut
3 cawan santan
pewarna hijau pandan1/2 biji kelapa parut
air
gula melaka
sedikit garam
Cara2..
1)basuh beras pulut tadi dan rendamkan kedalam air berasa pewarna hijau biarkan selama 30 minit @sampai beras tadi bertukar warna.
2)Toskan beras tadi dan kemudain masukan kedlm mangkuk bersama santan dan secubit garam.
3)Kemudian masukan kedalam Microweve..masakan sehingga 15 minit
sambil2 itu hendaklah ditengok dan dikacau..*@ didalam periuk dengan mengunakan ape yg kecil*.
4)Apabila sudah masak masukakn kedal acu *jika ada*@kedalam plastik.
pastikan plastik tadi disapukan sedikit majerin bagi tidak melekat.
biarkan samapi sejuk dan baru potong.
5)Selepas itu gaulkan pulut td bersama kelapa yg diletakan sedikit garam..
6)hidangkan bersama dgn air gula.
*masak gula melaka bersama air sehingga masak*
Selamat Mencuba...

Thursday, February 26, 2009

Pau..


Bahan-bahan :

500gm tepung high protein

1/2 packet yis mauripan ( satu packet 11gm )

1/4 cawan gulapasir

1 1/4 Cawan Air Suam ..Boleh tambah kalau tak cukup lembut.

1/4 cawan minyak jagung ( Rinn guna minyak masak aje..)

Cara-cara:

1. Bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.

2. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.

3. Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.

4. Bulat-bulatkan doh seberat 40gm setiap satu. Biarkan 10min-15min.

5. Bubuh inti dan tutup rapat doh.

6. Lapik dengan daun pisang/plastik/kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.

7. Kukus selama 10minit.

Popia Simpul..

j

Tengah masak


Dah siap masak,Bagi sejuk sekejap.


Siap dipacking dan Sedia untuk dijual..


Raya tahun 2008

Merupakan tahun yang tak akan aku lupakan,inilah kali pertama aku berrniage ditempat org.
Alhamdulilah sambutan amat mengalakan..
Walaupun aku buat seorang diri..sambil melayan kerenah anak2 jagaan aku..namun sikit tak patahkan semagat aku..alhamdulillah aku
berjaya mensiapkan tempahan tepat pada masanye..
berbaloi jugak lh rasenyer..tak sia2 aku bersengkang mata...
syukur aku kepada allah yang mengandakan rezeki aku disini dibulan puase..